Friday, December 30, 2011

Selamat Tinggal 2011.Tahun 2012 menanti yang tidak pasti

Assalamualaikumwarahmatullahi wabarokatuh


Syukur ke hadrat Illahi kerana masih diberi peluang bernafas di atas bumi Allah SWT.

Tanggal 6 Safar 1433Hijrah bersamaan 31HB Disember 2011 Masihi maka akan berakhirlah sudah tahun 2011 yang akan meninggalkan kita buat selama-lamanya. Ya semakin hari masa semakin hilang dari pandangan kita. Pejam celik pejam celik dah nak habis sudah tahun 2011. Begitulah keadaan kita adakah kita masih punya masa untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.

Saya tidak nafikan banyak peristiwa pada tahun 2011 yang berlaku kepada saya, salah satunya adalah kehilangan orang yang saya sayang selama ini, berakhirnya sudah pengajian Diploma HND Business and Information Technology di Seri Iskandar, bertemu dan berpisah dengan rakan2 seperjuangan semua ini mengajar saya untuk menjadi lebih dewasa dan menjadi lebih matang.

Sebenarnya apa yang saya risaukan adalah dengan keadaan saya sekarang kerana walaupun sudah berakhir tahun 2011 saya rasa saya masih di takuk yang lama iaitu seorang Hamba Allah yang sentiasa tewas dengan nafsu dan dosa. Kadang2 saya merasa diri saya ni tersangatlah teruk sehinggakan saya tidak punya harapan lagi. Tapi apabila saya fikir semua ini adalah ujian daripada Allah saya tetap memujuk diri saya untuk tidak terus berputus asa. Sedangkan syaitan itu tetap tidak berputus asa untuk menyesatkan umat manusia sehingga akhir zaman.Jadi dengan itulah saya tetap meneruskan hidup saya sebagai seorang Hamba Allah. 

Pada zaman 2011 ni jugalah banyak isu2 di dunia diperdebatkan seperti isu Seksualiti Merdeka yang ingin diperjuangkan oleh golongan LGBT(Lesbian,Gay,Biseks,Transeksual),Perkahwinan Seorang Mahasiswa Malaysia dengan seorang Pemuda British, keadaan di Saudara2 di Palestin yang tidak pernah lekang dek direjim oleh Tentera Israel, peristiwa Tsunami di Jepun semua ini menunjukkan bahawa dunia kita ini sudah semakin tua dan tidak lama lagi akan hancur. Juga saya teringat tentang kegemparan bahawa 2012 adalah tahun terakhir dunia dan sedangkan junjungan besar Rasullulah SAW juga tidak pernah mengetahui bilakah tibanya hari kiamat. Semua ini menunjukkan betapa tuanya sudah bumi dan akhirnya bakal berakhir.


Saya tidak nafikan bahawa saya juga bukanlah seorang Hamba Allah yang baik kerana saya masih dikira fasik kerana masih melakukan dosa.Tetapi beringatlah bahawa satu masa nanti kita akan mati dan kembali menghadap Allah SWT yang kita juga tidak tahu bila masanya.Saya juga masih berusaha semoga saya menjadi seorang hamba Allah yang boleh menjadi sebaik yang mungkin dan saya mengharap semua orang boleh menjadi baik. Insya Allah. Subhanallah, Alhamdullilah Allahuakbar!!!!

Yang Terakhir Semoga Tahun 2012 menjadi lebih bermakna buat Kita semua Insya Allah.

P:S:Saya bukan seorang yang pandai menggunakan hadis atau ayat Quran maka jika ada salah silap saya harap dimaafkan.!!

Wednesday, December 7, 2011

Sanah Helwah

Assalamualaikum WBT,

Dah lama sy x update blog ni,heheh biasa bukan blogger tegar. Alhamdullilah tepat tanggal 8/12/2011 cukup sudah umur saya menjadi 21 Tahun. Alhamdullilah sudah 21 Tahun ini jugalah saya hidup di muka bumi Allah yang serba indah ini.Semoga pabila dah makin bertambah umur semakin dekatlah kita dengan kematian dan bakal kembali kepada Illahi

Kepada rakan2 yang ucapkan, saya sangat menghargai ucapan anda, tidak kira sama ada yang hantar mesej melalui Facebook, atau Blog ataupun dalam Telefon saya.Hanya Allah yang mampu balas kalian. Saya benar2 hargainya dan sesiapa yang mendoakan saya, itulah 'hadiah' terbaik bagi saya.


SYUKRAN JAZZILAN.ANTUM..

Saturday, October 29, 2011

Tak Hensem pon tak ape...

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog ini

Dah lama saya tak update blog ni kerana sibuk dengan komitmen sebagai seorang mahasiswa kolej.

Baru2 ini saya berjumpa dengan seorang sahabat lama yang sudah lama x dijumpai...
Saya bertanyakan khabar kerana sudah begitu lama sejak beliau menghabiskan pengajiannya kolej yang habis lebih awal dari saya.

"Makin hensem ko skarang" tegur saya kepada sahabat saya itu

"Biasalah bro,kerja kena muka market skarang" balas dia.

"Oh macam tu ek, gaji semua ok la?"
"Ok je, tp x la masyuk sgt" balas dia dengan muka selamba.

Saya hanya tersenyum melihat gelagatnya..

"Untunglah orang hensem sekarang kan?" saya mengusik sahabat saya itu.

"Ish kalau x hensem nanti xde la awek yang nak nanti."balas dia selamba

"Ish2 kalau hensem tapi ko masih x solat xguna jugak" balas saya yang sudah kenal benar dengan perangainya yang agak sukar untuk bersolat.
"Allah melihat orang yang bersolat itu lebih mulia daripada Allah memandang muka kita yang hensem tu. Lagipun kecantikan luaran itu tidak akan kekal lama, lama2 akan makan dengan cacing tanah gak" saya memberi pandangan saya kepadanya.

Sahabat saya itu terkelu sebentar mendegar kata2 saya.

"Aku bukan apa, aku bukan sengaja nak malukan ko la, aku cuma berkata xguna kita ada rupa, harta kekayaan tapi kita tidak ada kekayaan hati kita, jadi kalau kita rajin cari redha Allah dengan muka2 hensem pun Allah pandang sekali dengan bonus ko cari keredhaan-Nya."

Sahabat saya itu pun senyum kembali kepada saya walaupun pada hakikatnya sukar untuk dia menerima tapi Insya Allah semoga Allah membuka pintu hati sahabat itu supaya dia lebih mengenali siapa itu Allah...


Friday, August 5, 2011

Salam Ramadhan

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh

Syukur Alhamdullilah masih dikurniakan nafas oleh Allah SWT untuk teruskan menghadapi Ramadhan.. Saya unjurkan kepada anda semua Salam Ramadhan Al-Mubarak 1432H

Alhamdullilah hari ni sudah masuk hari yang ke 6 kita berpuasa tetapi setakat manakah tahap kita berpuasa kepada Allah SWT? Adakah hanya setakat menahan lapar dan dahaga?? Ataupun kita telah melakukan amalan-amalan sunat yang dapat mendekatkan diri kita kepada Allah SWT???

Di bulan Ramadhan yang mulia inilah kita seharusnya memenuhkan amalan-amalan kebaikan supaya kita dapat mencari Redha Allah. Monitor balik diri kita adakah puasa kita hanya setakat puasa sahaja?? Ataupun puasa kita lebih maju dari sebelumnya ataupun sebaliknya Wallahualam...

Wednesday, July 20, 2011

Aku mudah pelupa

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh...

Di kala saat dinantikan kepada semua manusia..kita sebagai seorang hamba Allah mmg sgt pelupa tika kadang-kadang terpesona dengan dunia ini..

Aduh malunya sebagai seorang hamba Allah yang pelupa ini kerana sering kali terlalai dan alpa ketika ingin cuba mencari jalan redha-Nya. Terasa memang pahit untuk terima sesuatu keadaan tetapi Insya Allah dengan hanya sentiasa mengingati Allah kita tidak akan jadi pelupa.

Ya Allah jangan jadikan kami hamba-Mu yang lalai dalam mengingati-Mu kerana setiap tika saat Kau tidak pernah melupakan aku. Aku benar-benar bersedih kerana setiap hari aku masih lalai dalam mengingati-Mu. Semoga Ya-Allah berikanlah kecerdasan otak kepada kami, dan berikan kami pedoman untuk membuat kami sentiasa mengigati-Mu. Amin

Subhannallah, Alhamdullilah, Allahuakbar..... (T_T)

Tuesday, June 28, 2011

Betul ke dah Taubat?


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh. Topik yang bakal saya tulis ini amat sinonim kepada seorang Muslim yang beriman iaitu TAUBAT.

Sebagai seorang Mukmin Islam yang beriman kita dianjurkan untuk bertaubat kepada Allah apabila kita tergelincir melakukan dosa tidak kira sama ada dosa yang besar atau dosa yang kecil. Apapun mari kita berkenalan dengan taubat ini.

Dalam kitab-kitab yang dipelajari, boleh dikatakan semua definisi Taubat adalah sama iaitu bermaksud kembali dari segi bahasamya dan hakikat taubat adalah: Menyesal terhadap apa yang telah terjadi, meninggalkan perbuatan tersebut saat ini juga, dan berazam yang kuat untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut dimasa yang akan datang.

Begitulah hakikat seorang manusia di mana tidak pernah untuk tidak melakukan kesilapan dan manusia bukanlah seorang yang sempurna walaupun daripada sifatnya dan tubuh badan adalah yang sempurna. Namun fokus pada tajuk kali ni adalah apabila seseorang itu telah bertaubat tetapi dalam masa yang singkat dia kembali melakukan dosa yang sama kembali.Persoalannya adakah dia benar-benar telah bertaubat?

Baru-baru ini saya menonton rancangan Soal Asyraf di Astro Oasis dan tajuk yang diberikan amat menarik iaitu berkaitan dengan Taubat. Dalam segmen ini juga telah diceritakan beberapa orang sahabat yang bertanya kepada Imam Muda Asyraf mengenai rakan2 mereka yang dikatakan sudah bertaubat tapi masih melakukan maksiat yang sama. Imam Muda Asyraf telah merungkaikan beberapa fakta mengenai perkara ini.

Kita sudah sedia maklum bahawa sebagai seorang Muslim yang beriman tidak akan terlepas daripada melakukan dosa tidak kira sama ada dosa besar atau dosa kecil. Oleh itu di mana kita telah melakukan dosa haruslah bertaubat dan berjanji tidak akan melakukannya lagi tapi dalam masa yang singkat kita kembali untuk melakukan dosa yang sama. Apa yang tidak kena dengan taubat kita?

Dalam aspek ini kita haruslah muhasabah diri kita kembali tentang ibadah yang telah dilakukan, adakah wuduk yang diambil sempurna? Adakah solat kita rukunnya sempurna? Adakah pakaian kita bersih? Semua itu adalah penting ketika untuk melakukan ibadah. Insya Allah jika kita menjaga semua perkara-perkara ini mudah mudahan Allah terima taubat kita Insya Allah....

Thursday, June 16, 2011

Perjalanan mencari Inspirasi

Assalamualaikumwaramatullahiwabarokatuh..

Lama juga x update blog ni. Biasalah Facebook lagi penting dari blog

Sempena update blog ni nak cerita sedikit pengalaman hamba Allah mencari sedikit inspirasi untuk mencari ketenangan duniawi

Pada 14.06.2011 saya telah pergi ke Seri Iskandar bukan untuk kembali ke kolej tetapi adalah untuk checkup doktor di hospital Changkat Melintang. Alhamdullilah keadaan baik2 sahaja. Selepas itu saya telah pergi ke Seri Iskandar untuk melawat kawan2 yang ada di Seri Iskandar dan menjamu selera di sana.


Kemudian saya teruskan perjalanan ke Ipoh untuk mencapai objektif saya iaitu membeli buku. Jauhnya ke Ipoh semata2 hendak mencari buku. Yelah kalau x kan nak dijadikan cerita. Alhamdullilah saya menuju ke tempat yang selalu saya kunjugi iaitu Jusco Ipoh. Dalam perjalanan itu juga sempat juga melihat keindahan ciptaan Allah yang begitu unik dan indah..Subhanallah.

Kebetulan apabila sampai di Jusco Ipoh sempat juga saya berpusing2 sebelum betul2 menuju ke tempat yang sepatutnya. Setelah 20 minit beronda2 barulah saya pergi ke MPH bookstore yang saya ingin pergi. Kebetulannya saya lebih suka pergi MPH bookstore dari Popular bookstore sebab kebanyakan buku di MPH lebih byk pilihan berbanding Popular bookstore. Jadi saya pun mencari buku yang ditarget yang berkaitan dengan diet almaklumlah saya sekarang dalam diet jadi saya mencari buku yang boleh menjadi inspirasi saya untuk terus berdiet. Alhamdulillah setelah penat belek2 saya pun mengambil keputusan untuk membeli bku The Calorie Counter 5th edition karya Karen J.Nolan dan Jo-Ann Heslin. Dalam buku ini menceritakan bagaimana setiap makanan itu mempunyai kalori yang tersendiri dan dalam buku itu tersenarai lebih 20,000 jenis makanan yang kita makan setiap hari dan buku ini juga terdapat cara bagaimana kita boleh mengira kalori yang diperlukan oleh badan kita setiap hari.
The Calorie Counter RM 34.90



Selepas berjaya memilih buku ini xpula saya ketinggalan untuk ke seksyen seterusnya iaitu bahagian tentang ilmu akhirat.Lama juga saya menbelek di rak buku itu dan saya menemui satu buku yang berjaya menarik perhatian saya iaitu buku mengenai MATI! Ya itu yang menarik perhatian saya kebetulan saya ada lebih RM 15 selepas saya membeli buku di atas. Dikarang oleh Shalih asy-Syadi yang bertajuk Anda Pasti Mati. Tujuan saya membeli buku ini adalah peringatan kepada diri saya sendiri dan mungkin boleh memberi sedikit nasihat jika ada berkesempatan Insya Allah. Selepas habis membeli buku ini saya terus ke surau berdekatan untuk Solat Zohor dan meneruskan perjalanan pulang.
Anda Pasti Mati RM 15

Thursday, June 2, 2011

Kisah seorang lelaki Badwi ketika bertemu Rasullulah SAW

Pada suatu hari ada seorang lelaki Badwi mengerjakan tawaf sambil berzikir "Ya Karim, Ya Karim"

Kemudian Rasullulah SAW meniru zikir lelaki Badwi itu dengan menyebut "Ya Karim, Ya Karim"

Lelaki badwi itu terdiam sebentar kerana menyedari bahawa ada orang mengikutinya. Dia berasa seperti diperolok-olokan. Apabila lelaki itu menoleh dia melihat seorang lelaki tampan,gagah serta tidak pernah dilihat sebelum ini. Lelaki Badwi itu pun menegur Rasullulah SAW, "Wahai orang tampan, apakah engkau sengaja mengejekku kerana aku orang Badwi? akan ku laporkan kepada kekasihku,Muhammad Rasullulah..."

"Wahai lelaki Badwi,tidakkah engkau mengenali nabimu??" tanya Rasullulah SAW
"Aku ingin bertemu dengannya tetapi belum ada kesempatan" balas lelaki Badwi itu

"Kalau begitu bagaimana kamu beriman kepadanya?" Rasullulah bertanya tanpa diketahui lelaki Badwi itu bahawa baginda Rasullulah SAW

"Walaupun aku belum pernah melihatnya, aku percaya dan yakin dengan kenabiannya dan saya mengakui beliau adalah utusan daripada Allah"' jawab lelaki Badwi itu

"Wahai lelaki Badwi, percayakah kalau aku katakan, bahawa aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu di akhirat kelak?" Rasullulah SAW memperkenalkan dirinya.

Mendengar pengakuan Rasullullah SAW,lelaki itu tercengang sperti tidak percaya. Dia melihat Rasullulah SAW dalam2 dan lama sekali."Tuan ini Nabi Muhammad SAW???" Sepasang mata tidak berkedip seolah2 sedang bermimpi

"Ya,akulah Muhammad"

Tanpa diduga lelaki itu menghampiri Rasullulah SAW sambil tunduk dan mencium kedua2 belah kaki baginda. Rasullulah SAW terus menarik lelaki Badwi itu dan berkata, "Wahai lelaki Badwi, jangan melakukan perbuatan seperti seorang hamba kepada tuannya."
"Kenapa Rasullulah?" tanya kembali lelaki Badwi itu

"Ketahuilah bahawa Allah mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takbur, meminta dihormati dan dipuji tetapi ingin membawa berita gembira kepada mereka yg beriman dan berita menakutkan bagi mereka yang mengingikarinya"
minta Rasullulah supaya lelaki itu berdiri tegak

Pada ketika itu malaikat Jibril membawa berita dari langit dan berkata " Wahai Muhammad, Tuhan menyampaikan salam kepadamu dan berfirman,"Katakan kepada lelaki Badwi itu, agar tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah Allah akan menghitung di Padang Mahsyar nanti dan akan menimbang semua amalannya sama ada kecil atau besar."

Setelah menyampaikan khabar itu, Jibril beredar manakala lelaki Badwi itu berkata."Demi keagungan dan kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan memperihitungkan atas segala amalanku, aku pon akan membuat perhitungan dengan-Nya

"Apakah yang dimaksudkan olehmu wahai lelaki Badwi?"

"Jika Tuhan memperhitungkan dosa2ku, aku akan memperhitung betapa banyak kebesaran-Nya, jika Tuhan memperhitung kemaksiatanku, aku akan memperhitungkan betapa luasnya pengampunan-Nya. Jika Tuhan memperhitungkan kebakhilanku, aku akan memperhitungkan pula betapa dermawan-Nya" jelas lelaki itu sehingga Rasullullah SAW terpegun mendengar hujahnya.

Tanpa sedar airmata Rasullulah SAW menitis mengenang betapa benarnya kata2 lelaki Badwi itu sehingga membasahi pipi dan janggut-Nya.

Pada ketika itu turunnya lagi Malaikat Jibril dan berkata, "Ya Muhammad, Tuhan menyampaikan salam kepadamu dan berfirman " Janganlah engkau menangis kerana tangisanmu itu menyebabkan penjaga Arasy itu lupa bacaan tasbih dan tahmidnya sehingga ia bergoncang. Sekarang katakan kepada tetamu itu, Allah tidak akan menghisab dirinya, dan tidak akan menghitung kemaksiatan yang dilakukannya. Allah telah mengampunkan semua kesalahnnya dan dia akan menjadi temanmu di syurga nanti." Kata Jibril AS

Rasullulah kemudiannya menyampaikan apa yang diwahyukan sebentar tadi. Sebaik sahaja mendengarnya, lelaki itu terus menangis kerana terlalu terharu mendengar khabar gembira itu.

Saturday, May 21, 2011

Salam Takziah kepada anak2 yatim

Assalamualaikum WBT

Syukur ke hadrat Illahi akhirnya sekali lagi saya dapat mengupdate blog saya yang xseberapa

Alhamdullilah saya sekarang berada di dalam cuti semester selepas tamat semester 6 di KPM Seri Iskandar.

Baru2 saya terbaca berita tentang sebuah rumah anak yatim yang runtuh di Bukit Antarabangsa beberapa hari lalu. Saya x sempat nak baca ttg berita anak2 yatim ini. Tp sedih bila memikirkan anak yatim yang tiada ibu dan tiada bapa ini dipanggil oleh Allah kerana terlalu sayangkan mereka. Sedarlah manusia bahawa semakin hari semakin byk bencana yang berlaku di negara kita. Xkan kita sampai nak tgu langit terbelah baru nak bertaubat.
Sama2 kita renungkan dan muhasabah diri kita ini.
Saya mengucapkan takziah kepada semua anak2 yatim yang terkorban. Semoga Allah mencucuri rahmat mereka dan ditempatkan golongan yang soleh dan solehah. Amin....

Tuesday, May 10, 2011

Im Sorry!!!!

Assalamualaikumwarahmatullahitaalawabarokatuh...


Selamat kembali kepada saya yg dah lama xberblogging ni bukan sebab apa sebab sibuk ngan tugasan yang diberikan oleh lecturer. Semoga kalian semua sihat2 belaka.

di sini saya nak mintak maaf sebab lama xupdate blog yg xsebarapa ni. Insya Allah dalam masa terdekat saya akan mengupdate blog saya lg semoga kalian boleh follow blog saya yg serba kekurangan tatkala masih boleh memberi manfaat kepada anda semua Insya Allah.

Monday, April 11, 2011

Aku Malu....

Aku malu sebab aku tiap-tiap hari buat dosa kepada Allah tetapi masih memberi peluang kepada aku untuk hidup.

Aku malu sebab aku malas sembahyang tapi Allah masih bagi aku hidup bersama bayang-bayang.

Aku malu sebab aku belajar ilmu dan tak amalkan tapi Allah masih menghalalkan ilmu tanpa berkira sedikit pun kepada hamba-Nya.

Aku malu sebab aku hidup muka bumi dan Allah bagi semua itu percuma tetapi aku tidak menggunakan peluang ini untuk mengenal penciptaku

Aku malu sebab Allah bagi segalanya kepada ku tetapi adakah aku bersyukur atas setiap segala sesuata yang Allah telah berikan.
Samalah kita bermuhasabah diri kita...

Saturday, April 2, 2011

Rasullulah SAW berdialog dengan Iblis

Assaalamualaikum WBT...

Syukur Alhamdullilah dapat juga saya mengupdate blog saya yang dah lama menyepi ni..

Insya Allah kali ni saya akan berkongsi cerita melalui buku yang baru sahaja saya beli. 

Cerita ini berlaku pada zaman Rasullulah dimana Rasullulah SAW telah berdialog dengan iblis pada ketika Rasullulah SAW keluar dari masjid setelah selesai solat berjamaah

"Wahai iblis, apakah yang menyebabkan engkau datang ke pintu masjid ini??"

"Wahai Muhammad, Allah telah menyuruh aku supaya datang ke mari", jawab iblis tanpa selindung

"Untuk apa??" Tanya Rasullulah SAW yang tidak menyenangi kehadiran iblis yang juga musuh ketatnya.

Lalu segera dijawab iblis, "Supaya engkau bertanya kepada ku mengenai apa sahaja supaya engkau tahu."

"Baiklah iblis. Aku ingin tahu berapa ramaikah musuhmu daripada umatku?"

"Ada lima belas musuhku dari umatmu."

"Siapakah mereka yang engkau maksudkan itu, hai iblis?"

Lalu jawab iblis," Mereka ialah:

-Engkau sendiri hai Muhammad
-Imam atau pemimpin yang adil
-Orang kaya yang merendah diri
-Pedagang yang jujur
-Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk
-Orang mukmin yang suka bagi nasihat
-Orang mukmin yang suka berkasih sayang
-Orang yang selalu bertaubat
-Orang yang warak dan sering meninggalkan perkara haram
-Orang mukmin yang selalu bersuci
-Orang mukmin yang banyak sedekahnya
-Orang mukmin yang baik akhlaknya
-Orang mukmin yang memberi manfaat kepada orang lain
-Orang yang hafal Al-Quran dan membacanya selalu 
-Orang mukmin yang mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur"

Setelah iblis menjawab Rasullulah SAW bertanya lagi.

"Siapa pula temanmu,iblis??"

"Wahai Muhammad ada 10 orang semuanya. Mereka ialah:
-Hakim yang tidak adil
-Orang kaya yang sombong
-Pedagang yang suka menipu
-Orang yang memutuskan tali persahabatan
-Mereka yang makan harta riba
-Mereka yang makan harta anak yatim
-Orang yang mempermudahkan solat
-Orang yang enggan bayar zakat
-Orang yang banyak berangan-angan"

Lihatlah bagaimana Rasullulah SAW bertanya kepada iblis siapakah musuh dan temannya. Adakah kita tergolong dalam salah satu teman atau lebih kepada musuh iblis. Sama2 muhasabah diri kita. Tepuk dada tanya iman. Wallahualam (^_^)

Saturday, March 19, 2011

Cuti dah abis..

Assalamualaikum WBT..

Alhamdullilah pada keesokan harinya tamat sudah la cuti mid semester pada pelajar KPM Seri Iskandar

Semoga banyak ilmu serta pengalaman berguna diperoleh untuk cuti sem ni...

Anyway Selamat kembali kepada semua warga KPMSI hahaha~

(P/S: sebenarnya xtau nak update apa kat blog ni hehehe~)



Wednesday, March 9, 2011

Cuti Mid Sem Break....

Assalamualaikum WBT

Syukur Alhamdullilah kerana saya di benarkan untuk update blog ini. 

Insya Allah pada 11/03/2011 hingga 20/03/2011 akan berlangsung nya cuti semester bagi KPM Seri Iskandar.
Sudah pasti ramai yang x sabar nak balik ke kampung halaman. Tapi sebelum itu yang mana ada assignment, test dan seumpamanya siapkanlah ek (^_^)

Semoga cuti semester ini akan memberi manafaat kepada kita ok terutama jangan lupa kepada tugas kita sebagai hamba Allah jangan lah ditinggalkan...Insya Allah. Sama2 la kita mencari ilmu di Jalan Allah. Semoga kita lebih berjaya tidak kira di dunia dan di akhirat.




 

OK. SELAMAT BERCUTI!!!!!!!

Tuesday, March 1, 2011

KErja, Assignment dan Test..

Assalamualaikum WBT

Terasa bahangnya bila rasa ada test yang banyak dan assignment yang perlu dihantar pada masa yang ditetapkan, yela nama pon student kan??? 

Tapi semua ini adalah dugaan yang Allah ditetapkan kepada kita tetapi kita kenalah pandai nak hadapi semua benda ni kan???

Diharap kepada semua hamba Allah yang dilabel sebagai pelajar,semoga anda semua dapat menyelesaikan semua tugasan dan peperiksaan yang diberikan oleh setiap institusi pengajian masing2...

Di sini ada doa untuk mengulangkaji pelajaran dan boleh diamalkan selalu

Doa untuk Mengulangkaji Pelajaran

- Doa memulakan ulangkaji
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.
Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”

- Doa selepas mengulangkaji
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.
Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”

Doa Pada Hari Peperiksaan
Dicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:
1. Ketika memasuki dewan peperiksaan:
وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا
Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

2. Ketika menerima kertas soalan:
قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”
3. Ketika sukar menjawab:

ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.
Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

4. Atau:
اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.
Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

5. Jika anda terlupa jawapan:
اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.
Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku.”
Terjemahan: Ust. Anwar Fakhri

Sumber Blog:http://remajaisma.wordpress.com/2007/03/27/kecemerlangan-adalah-ketaatan-kepada-allah/
Wallahualam....





Thursday, February 24, 2011

Eleh Kau Pon Dulu Jahat.....

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh...

Syukur akhirnya dapat jugak saya mengupdate blog ini setelah seminggu saya menyepikan diri...Ini kerana saya sibuk ngan tugasan yang diberikan..

Insya Allah untuk entri kali ini saya hendak berkongsi cerita mengenai tajuk "Nasihat"

Seorang hamba Allah yang baru keluar dari penjara telah pulang ke kampung halamannya setelah 8 tahun meringkuk di penjara akibat memiliki dadah.Ketika perjalanan menuju ke masjid, hamba Allah ini menjumpai 3 orang kawan2 lama yang masih bermain gitar tatkala azan Maghrib telah berkumandang...

Tanpa rasa segan silu hamba Allah ini telah pergi mendekati mereka...

"Assalamualaikum kawan2..." sapa beliau
"Waalaikumusalam.."dijawab oleh salah seorang dari mereka

"Eh hidup lagi ko?? Aku ingat ko dah mampus dah kat dalam penjara tu...." sapa sorang lagi sahabat itu...

Hamba Allah ini agak terkejut ngan reaksi kawan2nya yang sudah berubah.. dia masih teringat lagi ketika mereka di sekolah mereka lah yang paling dihormati guru2,kawan2 dan ahli keluarga..tetapi hari ini mereka kelihatan berlainan,Rambut panjang dan berseluar pendek namun hamba Allah ini cuba untuk menenangkan hatinya..

"Kawan2..Maghrib dah masuk dah ni jom la pergi masjid....X elok Maghrib2 camni korang duk kat luar syaitan ngah berkeliaran" tegurnya lembut...


Lalu salah seorang dari mereka pon menjawab "Eleh, berlagak ustaz pulak.... Ko pon sama jahat...Time kat skolah dulu ko la yang paling malas nak masuk surau siap menyorok kat tandas hisap rokok n kantoi ngan cikgu Karim dulu.."

Tambah sorang sahabat lagi "Lepas tu ko jugak yang kantoi ada dadah dalam beg ko...Ko igt kitorang xtau yang ko dulu penjual dadah???"

Hamba Allah ini makin tersentap tatkala cerita2 lama beliau dikeluarkan kembali oleh rakan2nya... Ya.. Memang benar itu semua berlaku tetapi dia berfikir dia sudah insaf dan ingin kembali mencari jalan yang lurus dan diredhai oleh Allah..

Si hamba Allah masih cuba tenangkan diri" Betul...memang aku buat semua tu dulu tapi aku dah taubat... Allah dah bagi petunjuk dan Hidayah-Nya kepada aku nak berubah..." 

"Jadi x salah kan kalau aku ajak korang untuk membuat kebaikan atas diri korang sendiri. Nanti yang dapat manfaat korang gak..."

Sahabat yang lagi satu terus mencelah "Ahh sudahlah..xpayah nak berlagak baik...kalau dulu dah bwat salah tu salah jugak la..Dah la xpayah nak bagi nasihat kat kitorang nanti kat kubur pon,kubur kita masing2...."

Hamba Allah ini telah hilang sedikit kesabaran lalu terus menjawab " Ye betul mmg nanti dalam kubur masing2 tapi dalam kubur tu nanti bukan mulut korang yang bercakap tapi amalan2 korang yang bercakap... dan yang paling aku takut plak..bila korang kata kubur korang masing2 tapi andai ditakdirkan Allah letak kubur korang sebelah kubur ngan aku camner plak?? "

Kesemua mereka terdiam sebentar....

"Nanti bila Malaikat Mungkar dengan Nakir tanya kenapa aku x ajak korang g masjid nanti aku pulak yang kena balun sorang dalam kubur tu sbb aku x ajak korang g masjid untuk solat bukan korang rasa pon camner aku kena balun..Mmg betul aku dulu bwat jahat tp x semestinya aku akan sentiasa bwat jahat kerana Allah memberi jalan Hidayah kepada orang yang dikehendakinya.."sambungnya lagi...

"Tapi korang yang baik ni jangan igt Allah x boleh ubah korang jadi yang buruk plak kerana Allah itu Maha Adil."
"Igt kebaikan yang kita bwat sebesar zarah pon Allah akan bagi ganjaran apatah lagi kalau kita bwat dosa sebesar zarah pon pasti Allah akan membalasnya jua di ahkirat kelak..."

Mereka terus terdiam lantaran kata2 hamba Allah itu...lalu hamba Allah itu meminta izin untuk meneruskan perjalanan menuju ke masjid lalu meninggalkan mereka.

Subhanallah lihatlah betapa Maha Pengasihnya dan Maha Pengampunnya Allah SWT ke atas hamba2 yang telah bertaubat dan yang telah mendapat hidayah daripadanya.

Firman Allah dalam Surah Al-Zalzalah:
"Maka barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah,nescaya dia akan melihatnya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasannya). (99:7,8) 



Sentiasa lah kita kena igt bahawa kita semua tidak sempurna walaupun kita adalah sebaik-baik kejadian yang di ciptakan oleh Allah. Jangan igt orang yang membuat jahat tidak boleh memberi nasihat kepada orang yang berbuat kebaikan jikalau di masa orang yang baik membuat kesalahan. Oleh itu sama2 kita muhasabah hati kita sejauh mana iman kita kepada pencipta kita Allah SWT..

Wallahualam...














Wednesday, February 16, 2011

Kaizoku Sentai Gokaiger

Assalamualaikum...WBT

Untuk entri kali ni saya keluar sedikit dari skop saya yang selalunya...sebenarnya saya xnak hadkan blog saya kepada satu aspek sahaja jadi di sini saya ingin mengingatkan kembali zaman kecil atau nakal2 saya dengan siri yang kartun yang popular iaitu Flashman @ Kesatria Bajak Hitam @ Kamen Rider @ Power Rangers..

Pada entri kali saya nak memperkenalkan satu siri Super Sentai @ Power Rangers yang terbaru yang ditayangkan di Jepun pada 13/2 yang lalu.. Siri ini diberi nama Kaizoku Sentai Gokaiger. Dimana siri ini adalah siri yang ke 35 dari seri Super Sentai. 

Tema ini adalah berdasarkan lanun dari angkasa lepas yang mengembara ke 34 dunia super sentai yang sebelum nya termasuk la Flashman,Maskman dan Jetman yang pernah ditayangkan di Malaysia satu ketika dahulu.

Apa yang menarik di sini adalah Kaizoku Sentai Gokaiger boleh berubah ke semua Sentai @ Power Rangers terdahulu untuk melawan raksasa yang dikenali sebagai Zangyack.Itulah penarik untuk sesiapa yang mahu kembali mengenang zaman kecil2 dahulu series ini adalah amat berbaloi untuk dilihat.
Sedikit Preview tentang series Kaizoku Sentai Gokaiger

Poster Siri Gokaiger


Tuesday, February 15, 2011

Perjalanan Sempena Maulidur Rasul

Assalamualaikum, untuk entri kali ini saya nak kongsikan tentang perjalanan saya hari ini. Sebelum itu terlebih afdal jika saya mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1432H. Semoga kita sentiasa mengingati perjuangan Rasullulah yang telah bersusah payah mengembangkan Islam sehingga kita dapat mensyukuri tentang nikmat Iman dan Islam di atas bumi Malaysia yang indah ini....

Pada hari ini saya bersama sahabat baik saya telah pergi ke Jusco Ipoh. Pada asalnya saya sendiri tidak tahu apa arah tujuan saya untuk berkunjung ke Jusco Ipoh... tapi bila fikirkan kembali mestilah ada sebab kenapa saya pergi situ..

Akhirnya saya pon berkunjung ke kedai buku Popular dengan niat hanyalah ingin membelek buku2 yang ada..
Tetapi ada buku yang membuat yang saya tertarik adalah tentang Buku Hadis 40 karya Imam Al-Nawawi dan Sejarah Kehidupan Rasullulah S.A.W. oleh Abdul Malik bin Muhammad Al-Qasim .Kebetulan dua2 buku ini adalah dari penerbitan yang sama iaitu Al-Hidayah. Pada mulanya saya memikirkan hanya salah satu buku sahaja yang bakal di ambil tetapi dengan izin Allah kewangan saya mencukupi untuk membeli kedua2 buku tersebut.


Buku Sejarah Kehidupan Rasullulah SAW RM 8.00

 Buku 42 Hadis Pilihan RM 12.00


Insya Allah saya akan cuba menghabiskan buku ini secepat yang mungkin.Wallahualam (^_^)

Sunday, February 13, 2011

Assalamualaikum Salam Pembuka Bicara

Syukur Alhamdullilah kerana dengan izin Allah SWT terbuka juga blog yang baru ini.

Blog ini dibuka sempena menyahut seruan pensyarah KPMSI yang ingin setiap pelajar yang mengambil kursus HND Business & Information Technology mempunyai laman blog yang tersendiri. 

Insya Allah sebagai pembuka bicara ini harusnya dinyatakan saya sebagai penulis blog yang baru akan cuba memberi informasi yang terbaik kepada para pembaca blog saya yg x seberapa ini.

Wallahualam....