Saturday, March 19, 2011

Cuti dah abis..

Assalamualaikum WBT..

Alhamdullilah pada keesokan harinya tamat sudah la cuti mid semester pada pelajar KPM Seri Iskandar

Semoga banyak ilmu serta pengalaman berguna diperoleh untuk cuti sem ni...

Anyway Selamat kembali kepada semua warga KPMSI hahaha~

(P/S: sebenarnya xtau nak update apa kat blog ni hehehe~)



Wednesday, March 9, 2011

Cuti Mid Sem Break....

Assalamualaikum WBT

Syukur Alhamdullilah kerana saya di benarkan untuk update blog ini. 

Insya Allah pada 11/03/2011 hingga 20/03/2011 akan berlangsung nya cuti semester bagi KPM Seri Iskandar.
Sudah pasti ramai yang x sabar nak balik ke kampung halaman. Tapi sebelum itu yang mana ada assignment, test dan seumpamanya siapkanlah ek (^_^)

Semoga cuti semester ini akan memberi manafaat kepada kita ok terutama jangan lupa kepada tugas kita sebagai hamba Allah jangan lah ditinggalkan...Insya Allah. Sama2 la kita mencari ilmu di Jalan Allah. Semoga kita lebih berjaya tidak kira di dunia dan di akhirat.




 

OK. SELAMAT BERCUTI!!!!!!!

Tuesday, March 1, 2011

KErja, Assignment dan Test..

Assalamualaikum WBT

Terasa bahangnya bila rasa ada test yang banyak dan assignment yang perlu dihantar pada masa yang ditetapkan, yela nama pon student kan??? 

Tapi semua ini adalah dugaan yang Allah ditetapkan kepada kita tetapi kita kenalah pandai nak hadapi semua benda ni kan???

Diharap kepada semua hamba Allah yang dilabel sebagai pelajar,semoga anda semua dapat menyelesaikan semua tugasan dan peperiksaan yang diberikan oleh setiap institusi pengajian masing2...

Di sini ada doa untuk mengulangkaji pelajaran dan boleh diamalkan selalu

Doa untuk Mengulangkaji Pelajaran

- Doa memulakan ulangkaji
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.
Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”

- Doa selepas mengulangkaji
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.
Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”

Doa Pada Hari Peperiksaan
Dicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:
1. Ketika memasuki dewan peperiksaan:
وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا
Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

2. Ketika menerima kertas soalan:
قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”
3. Ketika sukar menjawab:

ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.
Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

4. Atau:
اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.
Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

5. Jika anda terlupa jawapan:
اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.
Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku.”
Terjemahan: Ust. Anwar Fakhri

Sumber Blog:http://remajaisma.wordpress.com/2007/03/27/kecemerlangan-adalah-ketaatan-kepada-allah/
Wallahualam....