Tuesday, June 28, 2011

Betul ke dah Taubat?


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh. Topik yang bakal saya tulis ini amat sinonim kepada seorang Muslim yang beriman iaitu TAUBAT.

Sebagai seorang Mukmin Islam yang beriman kita dianjurkan untuk bertaubat kepada Allah apabila kita tergelincir melakukan dosa tidak kira sama ada dosa yang besar atau dosa yang kecil. Apapun mari kita berkenalan dengan taubat ini.

Dalam kitab-kitab yang dipelajari, boleh dikatakan semua definisi Taubat adalah sama iaitu bermaksud kembali dari segi bahasamya dan hakikat taubat adalah: Menyesal terhadap apa yang telah terjadi, meninggalkan perbuatan tersebut saat ini juga, dan berazam yang kuat untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut dimasa yang akan datang.

Begitulah hakikat seorang manusia di mana tidak pernah untuk tidak melakukan kesilapan dan manusia bukanlah seorang yang sempurna walaupun daripada sifatnya dan tubuh badan adalah yang sempurna. Namun fokus pada tajuk kali ni adalah apabila seseorang itu telah bertaubat tetapi dalam masa yang singkat dia kembali melakukan dosa yang sama kembali.Persoalannya adakah dia benar-benar telah bertaubat?

Baru-baru ini saya menonton rancangan Soal Asyraf di Astro Oasis dan tajuk yang diberikan amat menarik iaitu berkaitan dengan Taubat. Dalam segmen ini juga telah diceritakan beberapa orang sahabat yang bertanya kepada Imam Muda Asyraf mengenai rakan2 mereka yang dikatakan sudah bertaubat tapi masih melakukan maksiat yang sama. Imam Muda Asyraf telah merungkaikan beberapa fakta mengenai perkara ini.

Kita sudah sedia maklum bahawa sebagai seorang Muslim yang beriman tidak akan terlepas daripada melakukan dosa tidak kira sama ada dosa besar atau dosa kecil. Oleh itu di mana kita telah melakukan dosa haruslah bertaubat dan berjanji tidak akan melakukannya lagi tapi dalam masa yang singkat kita kembali untuk melakukan dosa yang sama. Apa yang tidak kena dengan taubat kita?

Dalam aspek ini kita haruslah muhasabah diri kita kembali tentang ibadah yang telah dilakukan, adakah wuduk yang diambil sempurna? Adakah solat kita rukunnya sempurna? Adakah pakaian kita bersih? Semua itu adalah penting ketika untuk melakukan ibadah. Insya Allah jika kita menjaga semua perkara-perkara ini mudah mudahan Allah terima taubat kita Insya Allah....

Thursday, June 16, 2011

Perjalanan mencari Inspirasi

Assalamualaikumwaramatullahiwabarokatuh..

Lama juga x update blog ni. Biasalah Facebook lagi penting dari blog

Sempena update blog ni nak cerita sedikit pengalaman hamba Allah mencari sedikit inspirasi untuk mencari ketenangan duniawi

Pada 14.06.2011 saya telah pergi ke Seri Iskandar bukan untuk kembali ke kolej tetapi adalah untuk checkup doktor di hospital Changkat Melintang. Alhamdullilah keadaan baik2 sahaja. Selepas itu saya telah pergi ke Seri Iskandar untuk melawat kawan2 yang ada di Seri Iskandar dan menjamu selera di sana.


Kemudian saya teruskan perjalanan ke Ipoh untuk mencapai objektif saya iaitu membeli buku. Jauhnya ke Ipoh semata2 hendak mencari buku. Yelah kalau x kan nak dijadikan cerita. Alhamdullilah saya menuju ke tempat yang selalu saya kunjugi iaitu Jusco Ipoh. Dalam perjalanan itu juga sempat juga melihat keindahan ciptaan Allah yang begitu unik dan indah..Subhanallah.

Kebetulan apabila sampai di Jusco Ipoh sempat juga saya berpusing2 sebelum betul2 menuju ke tempat yang sepatutnya. Setelah 20 minit beronda2 barulah saya pergi ke MPH bookstore yang saya ingin pergi. Kebetulannya saya lebih suka pergi MPH bookstore dari Popular bookstore sebab kebanyakan buku di MPH lebih byk pilihan berbanding Popular bookstore. Jadi saya pun mencari buku yang ditarget yang berkaitan dengan diet almaklumlah saya sekarang dalam diet jadi saya mencari buku yang boleh menjadi inspirasi saya untuk terus berdiet. Alhamdulillah setelah penat belek2 saya pun mengambil keputusan untuk membeli bku The Calorie Counter 5th edition karya Karen J.Nolan dan Jo-Ann Heslin. Dalam buku ini menceritakan bagaimana setiap makanan itu mempunyai kalori yang tersendiri dan dalam buku itu tersenarai lebih 20,000 jenis makanan yang kita makan setiap hari dan buku ini juga terdapat cara bagaimana kita boleh mengira kalori yang diperlukan oleh badan kita setiap hari.
The Calorie Counter RM 34.90



Selepas berjaya memilih buku ini xpula saya ketinggalan untuk ke seksyen seterusnya iaitu bahagian tentang ilmu akhirat.Lama juga saya menbelek di rak buku itu dan saya menemui satu buku yang berjaya menarik perhatian saya iaitu buku mengenai MATI! Ya itu yang menarik perhatian saya kebetulan saya ada lebih RM 15 selepas saya membeli buku di atas. Dikarang oleh Shalih asy-Syadi yang bertajuk Anda Pasti Mati. Tujuan saya membeli buku ini adalah peringatan kepada diri saya sendiri dan mungkin boleh memberi sedikit nasihat jika ada berkesempatan Insya Allah. Selepas habis membeli buku ini saya terus ke surau berdekatan untuk Solat Zohor dan meneruskan perjalanan pulang.
Anda Pasti Mati RM 15

Thursday, June 2, 2011

Kisah seorang lelaki Badwi ketika bertemu Rasullulah SAW

Pada suatu hari ada seorang lelaki Badwi mengerjakan tawaf sambil berzikir "Ya Karim, Ya Karim"

Kemudian Rasullulah SAW meniru zikir lelaki Badwi itu dengan menyebut "Ya Karim, Ya Karim"

Lelaki badwi itu terdiam sebentar kerana menyedari bahawa ada orang mengikutinya. Dia berasa seperti diperolok-olokan. Apabila lelaki itu menoleh dia melihat seorang lelaki tampan,gagah serta tidak pernah dilihat sebelum ini. Lelaki Badwi itu pun menegur Rasullulah SAW, "Wahai orang tampan, apakah engkau sengaja mengejekku kerana aku orang Badwi? akan ku laporkan kepada kekasihku,Muhammad Rasullulah..."

"Wahai lelaki Badwi,tidakkah engkau mengenali nabimu??" tanya Rasullulah SAW
"Aku ingin bertemu dengannya tetapi belum ada kesempatan" balas lelaki Badwi itu

"Kalau begitu bagaimana kamu beriman kepadanya?" Rasullulah bertanya tanpa diketahui lelaki Badwi itu bahawa baginda Rasullulah SAW

"Walaupun aku belum pernah melihatnya, aku percaya dan yakin dengan kenabiannya dan saya mengakui beliau adalah utusan daripada Allah"' jawab lelaki Badwi itu

"Wahai lelaki Badwi, percayakah kalau aku katakan, bahawa aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu di akhirat kelak?" Rasullulah SAW memperkenalkan dirinya.

Mendengar pengakuan Rasullullah SAW,lelaki itu tercengang sperti tidak percaya. Dia melihat Rasullulah SAW dalam2 dan lama sekali."Tuan ini Nabi Muhammad SAW???" Sepasang mata tidak berkedip seolah2 sedang bermimpi

"Ya,akulah Muhammad"

Tanpa diduga lelaki itu menghampiri Rasullulah SAW sambil tunduk dan mencium kedua2 belah kaki baginda. Rasullulah SAW terus menarik lelaki Badwi itu dan berkata, "Wahai lelaki Badwi, jangan melakukan perbuatan seperti seorang hamba kepada tuannya."
"Kenapa Rasullulah?" tanya kembali lelaki Badwi itu

"Ketahuilah bahawa Allah mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takbur, meminta dihormati dan dipuji tetapi ingin membawa berita gembira kepada mereka yg beriman dan berita menakutkan bagi mereka yang mengingikarinya"
minta Rasullulah supaya lelaki itu berdiri tegak

Pada ketika itu malaikat Jibril membawa berita dari langit dan berkata " Wahai Muhammad, Tuhan menyampaikan salam kepadamu dan berfirman,"Katakan kepada lelaki Badwi itu, agar tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah Allah akan menghitung di Padang Mahsyar nanti dan akan menimbang semua amalannya sama ada kecil atau besar."

Setelah menyampaikan khabar itu, Jibril beredar manakala lelaki Badwi itu berkata."Demi keagungan dan kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan memperihitungkan atas segala amalanku, aku pon akan membuat perhitungan dengan-Nya

"Apakah yang dimaksudkan olehmu wahai lelaki Badwi?"

"Jika Tuhan memperhitungkan dosa2ku, aku akan memperhitung betapa banyak kebesaran-Nya, jika Tuhan memperhitung kemaksiatanku, aku akan memperhitungkan betapa luasnya pengampunan-Nya. Jika Tuhan memperhitungkan kebakhilanku, aku akan memperhitungkan pula betapa dermawan-Nya" jelas lelaki itu sehingga Rasullullah SAW terpegun mendengar hujahnya.

Tanpa sedar airmata Rasullulah SAW menitis mengenang betapa benarnya kata2 lelaki Badwi itu sehingga membasahi pipi dan janggut-Nya.

Pada ketika itu turunnya lagi Malaikat Jibril dan berkata, "Ya Muhammad, Tuhan menyampaikan salam kepadamu dan berfirman " Janganlah engkau menangis kerana tangisanmu itu menyebabkan penjaga Arasy itu lupa bacaan tasbih dan tahmidnya sehingga ia bergoncang. Sekarang katakan kepada tetamu itu, Allah tidak akan menghisab dirinya, dan tidak akan menghitung kemaksiatan yang dilakukannya. Allah telah mengampunkan semua kesalahnnya dan dia akan menjadi temanmu di syurga nanti." Kata Jibril AS

Rasullulah kemudiannya menyampaikan apa yang diwahyukan sebentar tadi. Sebaik sahaja mendengarnya, lelaki itu terus menangis kerana terlalu terharu mendengar khabar gembira itu.