Friday, August 5, 2011

Salam Ramadhan

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh

Syukur Alhamdullilah masih dikurniakan nafas oleh Allah SWT untuk teruskan menghadapi Ramadhan.. Saya unjurkan kepada anda semua Salam Ramadhan Al-Mubarak 1432H

Alhamdullilah hari ni sudah masuk hari yang ke 6 kita berpuasa tetapi setakat manakah tahap kita berpuasa kepada Allah SWT? Adakah hanya setakat menahan lapar dan dahaga?? Ataupun kita telah melakukan amalan-amalan sunat yang dapat mendekatkan diri kita kepada Allah SWT???

Di bulan Ramadhan yang mulia inilah kita seharusnya memenuhkan amalan-amalan kebaikan supaya kita dapat mencari Redha Allah. Monitor balik diri kita adakah puasa kita hanya setakat puasa sahaja?? Ataupun puasa kita lebih maju dari sebelumnya ataupun sebaliknya Wallahualam...