Wednesday, August 22, 2012

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum WBT

Post simple tapi ingin padat je2

Walaupun Hari ni Hari Raya ke 5 tp saya ucapkan Selamat Hari Raya. Taqaballah Wa Minna Hu Minkum..... Maafkan kesilapan saya sepanjang perkenalan kita bagi yang mengenali diri ini.Kalau dulu saya ada terpukul,termaki,terdendam,terherdik,terkutuk dan macam2 ter... lagi semoga Aidilifitri kali ni lebih meriah....

Salam Lebaran 1432 Hijrah Semoga Aidilfitri kali ni lebih bwat kita dekat kepada Allah Rabbul Izzati...Amiin...

Tuesday, August 7, 2012

Jangan jadikan diri seorang munafik

Assalamualaikum WBT.

Topik ringkas tetapi agak2nya padat dengan info.

Munafik. Dalam Al-Quran juga pernah menyebutkan tentang munafik ini. Apakah ciri2 seorang munafik ini?

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “.
 
Riwayat Ahmad
 
Kadang2 adakah kita mempunyai perkara seperti ini? Sama ada secara sedar ataupun tidak sedar? Kadang2 kita perlu rasa perkara ini takut2 kita tergolong dalam manusia munafik secara kita tidak sedar. Kadang-kadang sebab itu kita perlu muhasabah diri kita tatkala sering membuat dosa. Yang penting kita bertaubat kepada Allah Al-Ghaffar.

Amin.

Wednesday, August 1, 2012

Adakah ini Ramadhan Terakhir

Assalamulaikum kepada semua walaupun xramai nak baca blog yang dah lama berhabuk ni. Cuma terpikir teringin nak update blog ni walaupun pada hakikatnya saya bukanlah seorang blogger.
Sebelum itu sempatlah saya mengucapkan Salam Ramadhan 1433 Hijrah kepada semua. Sedar xsedar hari (ketika blog ini ditulis) 1 Ogos 2012 telah berlalulah Ramadhan yang ke 12 atau senang cakap kita sudah berada di fasa kedua bulan Ramadhan Alhamdullilah.

Cuma saya agak2 berasa terkilan seperti Ramadhan setiap tahun bagai hilang serinya.. Mengapa??? Ini kerana semangat untuk Ramadhan itu tidak terasa dalam hati manusia masing-masing termasuk la diri ini T_T...

Kadang2 diri ini terpikir adakah Ramadhan kali ni adalah Ramadhan yang terakhir dalam diri ini kerana sesungguhnya berasa diri ini tidak bersungguh untuk menghadapi Ramadhan padahal teramat la kita tahu Ramadhan adalah bulan untuk kita beribadah dan beristirehat.

Semangat Ramadhan itu hilang serinya apabila kita tidak bersungguh untuk mengejar fadhilat yang berada di bulan Ramadhan ini. Manusia zaman sekarang lebih suka menganggap bulan Ramadhan adalah bulan yang 'menyeksakan' kerana kita terpaksa seharian berpuasa tetapi dlam masa yang sama terpaksa menghadapi perlbagai komitmen contoh sebagai seorang pelajar,pekerja kerajaan@swasta dan pelbagai komitmen yang dipanggil ujian kehidupan.

Sedangkan apa yang Al-Quran dan Allah ajarkan kepada kita tidak pernah berniat untuk 'menyeksa' Hamba-Nya tetapi terdapat pelbagai kebaikan. Sebagai contoh apabila kita berpuasa kita dapat menahan lapar dan dahaga dan disamping itu kita dpt menginsafi diri kita bahawa keadaan ini sama seperti orang2 miskin yang sentiasa kelaparan. Selain itu bulan puasa itu mengajar untuk kita lebih berjimat dah save duit skit kat situ ye ke idok??

Jadi fikir2 kanlah wahai sahabat2 ku. Jangan jadikan Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terakhir bwat diri kita kerana kita sendiri tidak tahu bilakah kita akan berjumpa lagi dengan Ramadhan yang akan datang.

Maafkan khilaf dan kesilapan jika ada yang terasa dengan2 ayat di atas. Saya juga menulis atas dasar prihatin dengan keadaan sekeliling dan sebagai peringatan dari hamba yang hina ini. Jadi ambillah peluang dalam bulan Ramadhan ini untuk mengejar pahala sebanyak yang boleh. Insya Allah pasti ada ganjaran nya kelak...