Tuesday, June 28, 2011

Betul ke dah Taubat?


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh. Topik yang bakal saya tulis ini amat sinonim kepada seorang Muslim yang beriman iaitu TAUBAT.

Sebagai seorang Mukmin Islam yang beriman kita dianjurkan untuk bertaubat kepada Allah apabila kita tergelincir melakukan dosa tidak kira sama ada dosa yang besar atau dosa yang kecil. Apapun mari kita berkenalan dengan taubat ini.

Dalam kitab-kitab yang dipelajari, boleh dikatakan semua definisi Taubat adalah sama iaitu bermaksud kembali dari segi bahasamya dan hakikat taubat adalah: Menyesal terhadap apa yang telah terjadi, meninggalkan perbuatan tersebut saat ini juga, dan berazam yang kuat untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut dimasa yang akan datang.

Begitulah hakikat seorang manusia di mana tidak pernah untuk tidak melakukan kesilapan dan manusia bukanlah seorang yang sempurna walaupun daripada sifatnya dan tubuh badan adalah yang sempurna. Namun fokus pada tajuk kali ni adalah apabila seseorang itu telah bertaubat tetapi dalam masa yang singkat dia kembali melakukan dosa yang sama kembali.Persoalannya adakah dia benar-benar telah bertaubat?

Baru-baru ini saya menonton rancangan Soal Asyraf di Astro Oasis dan tajuk yang diberikan amat menarik iaitu berkaitan dengan Taubat. Dalam segmen ini juga telah diceritakan beberapa orang sahabat yang bertanya kepada Imam Muda Asyraf mengenai rakan2 mereka yang dikatakan sudah bertaubat tapi masih melakukan maksiat yang sama. Imam Muda Asyraf telah merungkaikan beberapa fakta mengenai perkara ini.

Kita sudah sedia maklum bahawa sebagai seorang Muslim yang beriman tidak akan terlepas daripada melakukan dosa tidak kira sama ada dosa besar atau dosa kecil. Oleh itu di mana kita telah melakukan dosa haruslah bertaubat dan berjanji tidak akan melakukannya lagi tapi dalam masa yang singkat kita kembali untuk melakukan dosa yang sama. Apa yang tidak kena dengan taubat kita?

Dalam aspek ini kita haruslah muhasabah diri kita kembali tentang ibadah yang telah dilakukan, adakah wuduk yang diambil sempurna? Adakah solat kita rukunnya sempurna? Adakah pakaian kita bersih? Semua itu adalah penting ketika untuk melakukan ibadah. Insya Allah jika kita menjaga semua perkara-perkara ini mudah mudahan Allah terima taubat kita Insya Allah....

No comments:

Post a Comment