Thursday, June 2, 2011

Kisah seorang lelaki Badwi ketika bertemu Rasullulah SAW

Pada suatu hari ada seorang lelaki Badwi mengerjakan tawaf sambil berzikir "Ya Karim, Ya Karim"

Kemudian Rasullulah SAW meniru zikir lelaki Badwi itu dengan menyebut "Ya Karim, Ya Karim"

Lelaki badwi itu terdiam sebentar kerana menyedari bahawa ada orang mengikutinya. Dia berasa seperti diperolok-olokan. Apabila lelaki itu menoleh dia melihat seorang lelaki tampan,gagah serta tidak pernah dilihat sebelum ini. Lelaki Badwi itu pun menegur Rasullulah SAW, "Wahai orang tampan, apakah engkau sengaja mengejekku kerana aku orang Badwi? akan ku laporkan kepada kekasihku,Muhammad Rasullulah..."

"Wahai lelaki Badwi,tidakkah engkau mengenali nabimu??" tanya Rasullulah SAW
"Aku ingin bertemu dengannya tetapi belum ada kesempatan" balas lelaki Badwi itu

"Kalau begitu bagaimana kamu beriman kepadanya?" Rasullulah bertanya tanpa diketahui lelaki Badwi itu bahawa baginda Rasullulah SAW

"Walaupun aku belum pernah melihatnya, aku percaya dan yakin dengan kenabiannya dan saya mengakui beliau adalah utusan daripada Allah"' jawab lelaki Badwi itu

"Wahai lelaki Badwi, percayakah kalau aku katakan, bahawa aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu di akhirat kelak?" Rasullulah SAW memperkenalkan dirinya.

Mendengar pengakuan Rasullullah SAW,lelaki itu tercengang sperti tidak percaya. Dia melihat Rasullulah SAW dalam2 dan lama sekali."Tuan ini Nabi Muhammad SAW???" Sepasang mata tidak berkedip seolah2 sedang bermimpi

"Ya,akulah Muhammad"

Tanpa diduga lelaki itu menghampiri Rasullulah SAW sambil tunduk dan mencium kedua2 belah kaki baginda. Rasullulah SAW terus menarik lelaki Badwi itu dan berkata, "Wahai lelaki Badwi, jangan melakukan perbuatan seperti seorang hamba kepada tuannya."
"Kenapa Rasullulah?" tanya kembali lelaki Badwi itu

"Ketahuilah bahawa Allah mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takbur, meminta dihormati dan dipuji tetapi ingin membawa berita gembira kepada mereka yg beriman dan berita menakutkan bagi mereka yang mengingikarinya"
minta Rasullulah supaya lelaki itu berdiri tegak

Pada ketika itu malaikat Jibril membawa berita dari langit dan berkata " Wahai Muhammad, Tuhan menyampaikan salam kepadamu dan berfirman,"Katakan kepada lelaki Badwi itu, agar tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah Allah akan menghitung di Padang Mahsyar nanti dan akan menimbang semua amalannya sama ada kecil atau besar."

Setelah menyampaikan khabar itu, Jibril beredar manakala lelaki Badwi itu berkata."Demi keagungan dan kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan memperihitungkan atas segala amalanku, aku pon akan membuat perhitungan dengan-Nya

"Apakah yang dimaksudkan olehmu wahai lelaki Badwi?"

"Jika Tuhan memperhitungkan dosa2ku, aku akan memperhitung betapa banyak kebesaran-Nya, jika Tuhan memperhitung kemaksiatanku, aku akan memperhitungkan betapa luasnya pengampunan-Nya. Jika Tuhan memperhitungkan kebakhilanku, aku akan memperhitungkan pula betapa dermawan-Nya" jelas lelaki itu sehingga Rasullullah SAW terpegun mendengar hujahnya.

Tanpa sedar airmata Rasullulah SAW menitis mengenang betapa benarnya kata2 lelaki Badwi itu sehingga membasahi pipi dan janggut-Nya.

Pada ketika itu turunnya lagi Malaikat Jibril dan berkata, "Ya Muhammad, Tuhan menyampaikan salam kepadamu dan berfirman " Janganlah engkau menangis kerana tangisanmu itu menyebabkan penjaga Arasy itu lupa bacaan tasbih dan tahmidnya sehingga ia bergoncang. Sekarang katakan kepada tetamu itu, Allah tidak akan menghisab dirinya, dan tidak akan menghitung kemaksiatan yang dilakukannya. Allah telah mengampunkan semua kesalahnnya dan dia akan menjadi temanmu di syurga nanti." Kata Jibril AS

Rasullulah kemudiannya menyampaikan apa yang diwahyukan sebentar tadi. Sebaik sahaja mendengarnya, lelaki itu terus menangis kerana terlalu terharu mendengar khabar gembira itu.

No comments:

Post a Comment