Saturday, October 29, 2011

Tak Hensem pon tak ape...

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog ini

Dah lama saya tak update blog ni kerana sibuk dengan komitmen sebagai seorang mahasiswa kolej.

Baru2 ini saya berjumpa dengan seorang sahabat lama yang sudah lama x dijumpai...
Saya bertanyakan khabar kerana sudah begitu lama sejak beliau menghabiskan pengajiannya kolej yang habis lebih awal dari saya.

"Makin hensem ko skarang" tegur saya kepada sahabat saya itu

"Biasalah bro,kerja kena muka market skarang" balas dia.

"Oh macam tu ek, gaji semua ok la?"
"Ok je, tp x la masyuk sgt" balas dia dengan muka selamba.

Saya hanya tersenyum melihat gelagatnya..

"Untunglah orang hensem sekarang kan?" saya mengusik sahabat saya itu.

"Ish kalau x hensem nanti xde la awek yang nak nanti."balas dia selamba

"Ish2 kalau hensem tapi ko masih x solat xguna jugak" balas saya yang sudah kenal benar dengan perangainya yang agak sukar untuk bersolat.
"Allah melihat orang yang bersolat itu lebih mulia daripada Allah memandang muka kita yang hensem tu. Lagipun kecantikan luaran itu tidak akan kekal lama, lama2 akan makan dengan cacing tanah gak" saya memberi pandangan saya kepadanya.

Sahabat saya itu terkelu sebentar mendegar kata2 saya.

"Aku bukan apa, aku bukan sengaja nak malukan ko la, aku cuma berkata xguna kita ada rupa, harta kekayaan tapi kita tidak ada kekayaan hati kita, jadi kalau kita rajin cari redha Allah dengan muka2 hensem pun Allah pandang sekali dengan bonus ko cari keredhaan-Nya."

Sahabat saya itu pun senyum kembali kepada saya walaupun pada hakikatnya sukar untuk dia menerima tapi Insya Allah semoga Allah membuka pintu hati sahabat itu supaya dia lebih mengenali siapa itu Allah...


2 comments:

  1. Assalamualaikum..
    haha..harap2 sahabat tu bukan teman eh ustaz 'Ammar..
    (n_n)

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumussalam, ang bukan dah hensem ang dah tahap 'bapak' hensem hehhehe~

    ReplyDelete