Friday, December 30, 2011

Selamat Tinggal 2011.Tahun 2012 menanti yang tidak pasti

Assalamualaikumwarahmatullahi wabarokatuh


Syukur ke hadrat Illahi kerana masih diberi peluang bernafas di atas bumi Allah SWT.

Tanggal 6 Safar 1433Hijrah bersamaan 31HB Disember 2011 Masihi maka akan berakhirlah sudah tahun 2011 yang akan meninggalkan kita buat selama-lamanya. Ya semakin hari masa semakin hilang dari pandangan kita. Pejam celik pejam celik dah nak habis sudah tahun 2011. Begitulah keadaan kita adakah kita masih punya masa untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.

Saya tidak nafikan banyak peristiwa pada tahun 2011 yang berlaku kepada saya, salah satunya adalah kehilangan orang yang saya sayang selama ini, berakhirnya sudah pengajian Diploma HND Business and Information Technology di Seri Iskandar, bertemu dan berpisah dengan rakan2 seperjuangan semua ini mengajar saya untuk menjadi lebih dewasa dan menjadi lebih matang.

Sebenarnya apa yang saya risaukan adalah dengan keadaan saya sekarang kerana walaupun sudah berakhir tahun 2011 saya rasa saya masih di takuk yang lama iaitu seorang Hamba Allah yang sentiasa tewas dengan nafsu dan dosa. Kadang2 saya merasa diri saya ni tersangatlah teruk sehinggakan saya tidak punya harapan lagi. Tapi apabila saya fikir semua ini adalah ujian daripada Allah saya tetap memujuk diri saya untuk tidak terus berputus asa. Sedangkan syaitan itu tetap tidak berputus asa untuk menyesatkan umat manusia sehingga akhir zaman.Jadi dengan itulah saya tetap meneruskan hidup saya sebagai seorang Hamba Allah. 

Pada zaman 2011 ni jugalah banyak isu2 di dunia diperdebatkan seperti isu Seksualiti Merdeka yang ingin diperjuangkan oleh golongan LGBT(Lesbian,Gay,Biseks,Transeksual),Perkahwinan Seorang Mahasiswa Malaysia dengan seorang Pemuda British, keadaan di Saudara2 di Palestin yang tidak pernah lekang dek direjim oleh Tentera Israel, peristiwa Tsunami di Jepun semua ini menunjukkan bahawa dunia kita ini sudah semakin tua dan tidak lama lagi akan hancur. Juga saya teringat tentang kegemparan bahawa 2012 adalah tahun terakhir dunia dan sedangkan junjungan besar Rasullulah SAW juga tidak pernah mengetahui bilakah tibanya hari kiamat. Semua ini menunjukkan betapa tuanya sudah bumi dan akhirnya bakal berakhir.


Saya tidak nafikan bahawa saya juga bukanlah seorang Hamba Allah yang baik kerana saya masih dikira fasik kerana masih melakukan dosa.Tetapi beringatlah bahawa satu masa nanti kita akan mati dan kembali menghadap Allah SWT yang kita juga tidak tahu bila masanya.Saya juga masih berusaha semoga saya menjadi seorang hamba Allah yang boleh menjadi sebaik yang mungkin dan saya mengharap semua orang boleh menjadi baik. Insya Allah. Subhanallah, Alhamdullilah Allahuakbar!!!!

Yang Terakhir Semoga Tahun 2012 menjadi lebih bermakna buat Kita semua Insya Allah.

P:S:Saya bukan seorang yang pandai menggunakan hadis atau ayat Quran maka jika ada salah silap saya harap dimaafkan.!!

No comments:

Post a Comment