Thursday, March 8, 2012

Perjalanan Di Tanah Suci Kota Makkah dan Kota Madinah...

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh

Seteleah sekian lama menyepi dari blog akhirnya dapat juga mengupdate blog yang tidak seberapa ini.
Tanggal 20hb Feb hingga 3 Mac 2012 saya dengan adik kesayangan saya telah menunaikan umrah di Tanah Suci Kota Makkah Al-Mukaramah dan menziarah Kota Madinah Al-Munawarah

Pada mula2nya saya berasa gembira+sedih+takut semua perasaan ada kerana selama ini saya tidak pernah menjejakkan kaki ke luar negara. Tapi apa yang saya paling bersyukur adalah Allah permudahkan urusan saya dengan membenarkan saya menjejak kaki ke tempat yang paling diidam oleh para2 orang Islam di Malaysia mahupun seluruh dunia iaitu menjejakkan kaki ke Baitullah di Kota Makkah.

Pandangan atas dari Masjidil Haram
Saya pon bercampur baur perasaan ketika sampai di kota Makkah.Di hati saya yang kecil ini tidak lekang dari bacaan talbiah seperti mana yang biasa dilaungkan ketika mana jemaah umrah dan haji sering menyebutnya. :لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ ,  لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ ,  إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ ,  لاَ شَرِيْكَ لَكَ .  Tapi Subhannallah dengan izin Allah saya berjaya berjaya melihat Kaabah yang mulia di mana setiap umat Islam di seluruh dunia berkumpul semata2 untuk beribadah dalam Masjidil Haram. Telah dikatakan sebanyak 100ribu pahala diberikan kepada sesiapa yang bersolat di Masjidil Haram. Hanya Allah sahaja yang tau betapa gembiranya hati saya ketika pertama kali menjejakkan kaki ke Baitullah..Sayu..Sedih semua ada juga ketika pertama kali melihat Kaabah yang mulia.

Di samping mengerjakan umrah juga saya diberi kesempatan melawat tempat2 jemaah haji berwukuf di Arafah, bermalam di Mina dan Muzdalifah dan juga berkesempatan melawat perkuburan di Bukit Uhud dan juga melihat kekuasaan Allah di Bukit Magnet atau MandiqulBaidok.. 

Apabila sampai di Madinah. Kami terus menuju ke Masjidil Nabawi yang amat dikenali sbgai Masjid Rasullulah SAW. Di situlah terletak Maqam Rasullulah SAW bersama para sahabat Baginda Saidina Abu Bakar As-Siddiq Ra dan Juga Umar Al-Khatab Ra. Terasa sedih dan pilu melihat Maqam insan yang mulia di sisi Allah dan yang bersusah payah mendapatkan Islam di Mata Dunia skarang. Bersyukur kepada Allah kerana kita diberi nikmat Islam dan Iman.

Di samping itu saya nak ucapkan terima kasih kepada Mama dan Abah yang support 100% tiket flight dan perbelanjaan saya dan adik dan kepada DAKNA travel and Tours sebagai agen travelling kami..Tidak lupa juga kepada Dato2, Datin2,Haji2,Hajjah2 dan para2 jemaah umrah yang bersama kami sepangjang perjalanan ini..
 
Insya Allah apa yang kami pelajari dari perjalanan kami ini akan disematkan di dalam hati Insya Allah...

No comments:

Post a Comment