Thursday, February 24, 2011

Eleh Kau Pon Dulu Jahat.....

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh...

Syukur akhirnya dapat jugak saya mengupdate blog ini setelah seminggu saya menyepikan diri...Ini kerana saya sibuk ngan tugasan yang diberikan..

Insya Allah untuk entri kali ini saya hendak berkongsi cerita mengenai tajuk "Nasihat"

Seorang hamba Allah yang baru keluar dari penjara telah pulang ke kampung halamannya setelah 8 tahun meringkuk di penjara akibat memiliki dadah.Ketika perjalanan menuju ke masjid, hamba Allah ini menjumpai 3 orang kawan2 lama yang masih bermain gitar tatkala azan Maghrib telah berkumandang...

Tanpa rasa segan silu hamba Allah ini telah pergi mendekati mereka...

"Assalamualaikum kawan2..." sapa beliau
"Waalaikumusalam.."dijawab oleh salah seorang dari mereka

"Eh hidup lagi ko?? Aku ingat ko dah mampus dah kat dalam penjara tu...." sapa sorang lagi sahabat itu...

Hamba Allah ini agak terkejut ngan reaksi kawan2nya yang sudah berubah.. dia masih teringat lagi ketika mereka di sekolah mereka lah yang paling dihormati guru2,kawan2 dan ahli keluarga..tetapi hari ini mereka kelihatan berlainan,Rambut panjang dan berseluar pendek namun hamba Allah ini cuba untuk menenangkan hatinya..

"Kawan2..Maghrib dah masuk dah ni jom la pergi masjid....X elok Maghrib2 camni korang duk kat luar syaitan ngah berkeliaran" tegurnya lembut...


Lalu salah seorang dari mereka pon menjawab "Eleh, berlagak ustaz pulak.... Ko pon sama jahat...Time kat skolah dulu ko la yang paling malas nak masuk surau siap menyorok kat tandas hisap rokok n kantoi ngan cikgu Karim dulu.."

Tambah sorang sahabat lagi "Lepas tu ko jugak yang kantoi ada dadah dalam beg ko...Ko igt kitorang xtau yang ko dulu penjual dadah???"

Hamba Allah ini makin tersentap tatkala cerita2 lama beliau dikeluarkan kembali oleh rakan2nya... Ya.. Memang benar itu semua berlaku tetapi dia berfikir dia sudah insaf dan ingin kembali mencari jalan yang lurus dan diredhai oleh Allah..

Si hamba Allah masih cuba tenangkan diri" Betul...memang aku buat semua tu dulu tapi aku dah taubat... Allah dah bagi petunjuk dan Hidayah-Nya kepada aku nak berubah..." 

"Jadi x salah kan kalau aku ajak korang untuk membuat kebaikan atas diri korang sendiri. Nanti yang dapat manfaat korang gak..."

Sahabat yang lagi satu terus mencelah "Ahh sudahlah..xpayah nak berlagak baik...kalau dulu dah bwat salah tu salah jugak la..Dah la xpayah nak bagi nasihat kat kitorang nanti kat kubur pon,kubur kita masing2...."

Hamba Allah ini telah hilang sedikit kesabaran lalu terus menjawab " Ye betul mmg nanti dalam kubur masing2 tapi dalam kubur tu nanti bukan mulut korang yang bercakap tapi amalan2 korang yang bercakap... dan yang paling aku takut plak..bila korang kata kubur korang masing2 tapi andai ditakdirkan Allah letak kubur korang sebelah kubur ngan aku camner plak?? "

Kesemua mereka terdiam sebentar....

"Nanti bila Malaikat Mungkar dengan Nakir tanya kenapa aku x ajak korang g masjid nanti aku pulak yang kena balun sorang dalam kubur tu sbb aku x ajak korang g masjid untuk solat bukan korang rasa pon camner aku kena balun..Mmg betul aku dulu bwat jahat tp x semestinya aku akan sentiasa bwat jahat kerana Allah memberi jalan Hidayah kepada orang yang dikehendakinya.."sambungnya lagi...

"Tapi korang yang baik ni jangan igt Allah x boleh ubah korang jadi yang buruk plak kerana Allah itu Maha Adil."
"Igt kebaikan yang kita bwat sebesar zarah pon Allah akan bagi ganjaran apatah lagi kalau kita bwat dosa sebesar zarah pon pasti Allah akan membalasnya jua di ahkirat kelak..."

Mereka terus terdiam lantaran kata2 hamba Allah itu...lalu hamba Allah itu meminta izin untuk meneruskan perjalanan menuju ke masjid lalu meninggalkan mereka.

Subhanallah lihatlah betapa Maha Pengasihnya dan Maha Pengampunnya Allah SWT ke atas hamba2 yang telah bertaubat dan yang telah mendapat hidayah daripadanya.

Firman Allah dalam Surah Al-Zalzalah:
"Maka barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah,nescaya dia akan melihatnya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasannya). (99:7,8) 



Sentiasa lah kita kena igt bahawa kita semua tidak sempurna walaupun kita adalah sebaik-baik kejadian yang di ciptakan oleh Allah. Jangan igt orang yang membuat jahat tidak boleh memberi nasihat kepada orang yang berbuat kebaikan jikalau di masa orang yang baik membuat kesalahan. Oleh itu sama2 kita muhasabah hati kita sejauh mana iman kita kepada pencipta kita Allah SWT..

Wallahualam...














No comments:

Post a Comment