Tuesday, February 15, 2011

Perjalanan Sempena Maulidur Rasul

Assalamualaikum, untuk entri kali ini saya nak kongsikan tentang perjalanan saya hari ini. Sebelum itu terlebih afdal jika saya mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1432H. Semoga kita sentiasa mengingati perjuangan Rasullulah yang telah bersusah payah mengembangkan Islam sehingga kita dapat mensyukuri tentang nikmat Iman dan Islam di atas bumi Malaysia yang indah ini....

Pada hari ini saya bersama sahabat baik saya telah pergi ke Jusco Ipoh. Pada asalnya saya sendiri tidak tahu apa arah tujuan saya untuk berkunjung ke Jusco Ipoh... tapi bila fikirkan kembali mestilah ada sebab kenapa saya pergi situ..

Akhirnya saya pon berkunjung ke kedai buku Popular dengan niat hanyalah ingin membelek buku2 yang ada..
Tetapi ada buku yang membuat yang saya tertarik adalah tentang Buku Hadis 40 karya Imam Al-Nawawi dan Sejarah Kehidupan Rasullulah S.A.W. oleh Abdul Malik bin Muhammad Al-Qasim .Kebetulan dua2 buku ini adalah dari penerbitan yang sama iaitu Al-Hidayah. Pada mulanya saya memikirkan hanya salah satu buku sahaja yang bakal di ambil tetapi dengan izin Allah kewangan saya mencukupi untuk membeli kedua2 buku tersebut.


Buku Sejarah Kehidupan Rasullulah SAW RM 8.00

 Buku 42 Hadis Pilihan RM 12.00


Insya Allah saya akan cuba menghabiskan buku ini secepat yang mungkin.Wallahualam (^_^)

No comments:

Post a Comment